Penantian bagi peminat Perodua yang tertunggu-tunggu bilakah model pengganti Perodua Axia akan dilancarkan akhirnya terjawab. Daripada beberapa sumber, Perodua Axia D74A bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2023. Ini bermakna Perodua Axia dengan kod nama D74A bakal dilancar pada awal tahun hadapan. Model in telah pun siap sepenuhnya. Model ini juga mendapat sentuhan daripada Toyota dan Daihatsu yang turut membantu dalam proses pembikinan model ini.
Seperti yang kita tahu, model Perodua Axia pertama dilancarkan pada tahun 2014. Penantian selama 8 tahun berakhir dengan khabar angin semasa yang mengatakan model terbaru ini akan keluar pada tahun hadapan. Seperti yang kita tahu, model Axia ini terkenal dengan penjimatan minyaknya. Perodua Axia mampu bergerak sejauh 20 – 22km seliter. Perodua Axia juga merupakan model paling laku dan paling murah dengan harga RM 24000 sahaja semasa ianya pertama kali dilancarkan. Model Axia boleh diibaratkan sebagai pengganti Perodua Kancil.
Spesifikasi Perodua Axia D74A
Perodua Axia D74A mempunyai kembar iaitu Toyota Agya dan Daihatsu Ayla. Tiga model ini berkongsi rupa yang sama akan tetapi berbeza dari segi spesifikasi dan mempunyai beberapa ciri yang berbeza. Reka bentuk model ini sudahpun dimuktamadkan, tetapi, belum ada imej rasmi yang dikeluarkan bagi menunjukkan reka bentuk sebenar model ini.
Teknologi DNGA
Sama seperti Ativa dan Alza, model ini juga menggunakan platform DNGA. DNGA adalah singkatan kepada Daihatsu New Global Architecture. Platform ini adalah satu platform yang terbaik di mana ianya boleh dipasang dengan banyak ciri keselamatan. Platform yang fleksibel ini juga membolehkan kereta ini boleh menerima banyak features dan kemudahan moden.
Kekuatan Enjin
Perodua Axia D74A ini dikhabarkan masih menggunakan enjin 1000cc sama sperti model sebelum ini. Ada juga khabar angin yang mengatakan model ini akan menggunakan enjin 1200cc. Yang itu kita kena sama-sama nantikan.
Transmisi Baru
Perodua Axia D74A ini dikatakan tidak lagi akan menggunakan kotak gear automatik 4 kelajuan. Model ini mungkin didatangkan dengan transmisi DCVT. Transmisi ini adalah transmisi yang sama digunapakai pada model Alza, Ativa dan Myvi. Transmisi DCVT adalah teknologi terbaru yang diperkenalkan oleh Perodua. Varian manual pula masih tidak dapat dipastikan sama ada akan dilancarkan ataupun tidak. Ini mungkin kerana permintaan ataupun demand bagi varian manual pada masa kini tidak begitu banyak.
Varian Yang Berbeza
Beberapa info yang kami dapati dari beberapa portal tempatan mengatakan berkemungkinan Perodua D74A hanya akan mempunyai 4 varian sahaja. Varian itu adalah G,X,SE dan AV berbanding 6 varian pada model Axia yang berada di pasaran semasa.
Dalaman Yang Lebih Mantap
Rekaan dalam kereta ini juga sangat canggih. Dikatakan model ini akan menggunakan meter digital dan paparan unit infohibur. Bagaimanapun, kemungkinan hanya dua varian teratas sahaja yang mungkin akan menerima ciri tersebut.
Nantikan artikel terbaru daripada kami untuk mengetahui tentang info industri automotif yang terkini. Jika anda mahu menjual kereta lama anda, boleh layari laman web carco.com.my.