Tak semua orang tahu dan peka bagaimana cara untuk menjual kereta yang masih dalam hutang dan belum habis dibayar. Urusan jual beli kereta yang belum habis dibayar agak sedikit rumit berbanding dengan kereta yang sudah habis dibayar. Ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum menjual kereta kesayangan anda.
Dengan beberapa cara yang kami beri ini mungkin akan akan beri anda sedikit kefahaman bagaimana proses Trade In kereta ini berjalan. Ini adalah untuk memudahkan dan memastikan anda jelas dengan segala proses yang perlu anda lalui. Berikut adalah antara cara terbaik untuk jual kereta yang belum habis bayar kepada CarCo.
1. Dapatkan Jumlah Full Settlement Dari Pihak Bank
Pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah merujuk kepada pihak bank untuk mengetahui berapa baki hutang yang masih tertunggak. Dapatkan penyata penuh daripada bank yang anda pinjam untuk mengetahui status hutang dan berapa baki yang perlu anda bayar. Ini kerana pihak bank mahu anda menyelesaikan hutang yang masih tertunggak sebelum anda memohon pinjaman lain.
Sekiranya jumlah penyelesaian penuh anda lebih dari harga yang ditawarkan oleh ejen atau penjual kereta terpakai, anda perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyelesaikan bakinya.
Contohnya jika penyelesaian penuh kereta anda sebanyak RM40,000. Tetapi, pada waktu yang hendak dijual, harga pasaran kereta anda sudah jatuh. Bermakna pembeli hanya menawarkan RM35,000 sahaja untuk kereta anda. Anda perlu membayar baki RM5,000 untuk melunaskan baki pembayaran penuh kereta anda.
Tetapi, sekiranya jumlah penyelesaian penuh anda kurang daripada harga pasaran semasa kereta anda. Lebihan jumlah perlu dibayar oleh mereka atau anda boleh membuat duit itu sebagai duit muka kereta baru anda.
2. Tahu Harga Pasaran Kereta Anda
Pentingnya anda mengetahui harga pasaran kereta anda adalah untuk mengelakkan anda ditipu. Ada sesetengah penjual kereta terpakai yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Anda perlu mengetahui harga pasaran kereta anda. Caranya adalah membuat survey di laman web seperti mudah.my atau carco.com.my untuk mengetahuinya.
3. Langkah Terakhir
Jika anda sudah bersetuju dengan tawaran yang diberikan, pastikan anda semak segala kontrak dengan teliti. Pastikan segala angka yang diberikan tepat.
Kemudian, beberapa minggu selepas anda menyelesaikan segala urusan jual beli kereta, pastikan nama anda tidak lagi disenaraikan sebagai penghutang oleh pihak bank. Bermakna hutang anda untuk kereta lama sudah dilangsaikan.
4. Trade In Kereta Anda Dengan Carco
Jika anda merasakan proses ini memakan masa dan anda sibuk untuk menguruskannnya, jual sahaja dengan CarCo. Dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam industri automotif, segala proses jual beli menjadi lancar dan pantas dengan kami.
Kami akan membuat penilaian dan pemeriksaan ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga yang bersesuaian kepada anda. Paling penting, pemeriksaan dan penilaian ini dibuat secara percuma oleh pihak kami. Anda hanya perlu membuat temujanji dan kami akan datang ke rumah anda untuk melakukan penilaian dan pemeriksaan. Segala urusan dokumentasi juga akan diselesaikan oleh pihak kami dengan cepat dan lancar.
Buat temujanji anda dengan kami sekarang ! Layari laman web kami carco.com.my untuk membuat tempahan anda sekarang.