Toyota adalah sebuah jenama kereta yang sangat terkenal di seluruh dunia. Toyota terkenal dengan kereta-kereta buatan mereka yang tahan lasak dan mesra pengguna.
Ketahanan enjin juga menjadikan kereta Toyota pilihan ramai pengguna di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Sangat jarang untuk kita lihat kereta Toyota rosak di bahu jalan. Ini kerana kebanyakan kereta Toyota sangat berkualiti dan sangat reliable.
Toyota Vios dan Toyota Hilux adalah model yang paling laris keluaran Toyota. Mengikut statistik juga, kereta Toyota Hilux adalah pikap terlaris di Malaysia sejak tahun 2005.
Untuk anda yang ingin memiliki mana-mana model kereta Toyota terpakai boleh layari laman web kami carco.com.my.
Di artikel ini kami menyenaraikan beberapa senarai model kereta Toyota terpakai untuk dijual di CARCO.
1. Toyota Vios 1.5
Antara model terhangat keluaran Toyota yang berada dalam senarai untuk dijual kami. Dengan menggunakan 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i yang menghasilkan kuasa 107 PS, jelaslah kereta ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
2. Toyota Hilux
Pikap yang paling laris jualannya sejak tahun 2005 dengan generasi kelapan telahpun diperkenalkan pada tahun 2015. Model ini adalah antara model yang terbaik yang pernah dihasilkan Toyota. Meskipun dengan kuasa enjin yang besar, model ini sangat jimat minyak kerana kemaskini yang telah dibuat oleh jurutera Toyota. Jika anda mencari sebuah pikap yang tahan lasak, inilah jawapannya.
3. Toyota Altis
Dengan reka bentuk yang mengancam menjadikan kereta ini menjadi buruan penggemar kereta. Kereta ini juga sangat mesra pengguna. Jika dijaga dengan baik, Toyota Altis ini mampu bertahan biarpun mileage sudah mencecah 200K.
4. Toyota Vellfire 2.5
Rata-rata dari anda pastinya mengenali kereta Toyota ini. Kereta Toyota Vellfire ini sesuai jika anda ingin kelihatan mewah dan eksklusif. Toyota Vellfire juga sangat praktikal kerana ruangnya yang sangat luas dan mempunyai banyak kompartmen.
5. Toyota Prius
Dengan teknologi Hybrid membuatkan kereta ini terkenal dengan penjimatan bahan apinya. Berbaloi untuk anda yang mencari kereta HYBRID terpakai dengan harga mampu milik !
Jika anda mahu mencari kereta dengan harga mampu milik untuk kegunaan harian, layari laman web CARCO untuk dapatkan tawaran kereta yang menarik setiap hari.