fbpx

Partner

Get CARCO Mobile App

Browse easily on mobile now

Articles

Masa Terbaik Untuk Jual Kereta Lama Anda

1 September 2022 • 52 views

Pada masa kini, boleh dikatakan, memiliki sebuah kereta adalah satu kemestian. Ini kerana kereta merupakan antara aset penting yang perlu dimiliki kerana senang untuk kita mencari rezeki dan sebagainya. Tetapi, ada di antara kita yang  usia kereta mereka sudah pun mencecah 5 tahun. Ada yang usia kereta mereka sudah pun menjangkau lebih 10 tahun. Mungkin anda tertanya-tanya bila waktu yang sesuai nak jual kereta anda kan. Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin boleh diambil kira.

1. Sebelum anda terlambat

Maksudnya di sini ialah sebelum kereta anda mengalami sebarang kerosakan besar. Masalah dalaman kereta seperti masalah enjin akan menjadikan kereta anda tidak dapat dijual dengan harga yang sepatutnya. Kos untuk membaiki juga kadang-kadang tidak berbaloi.

Mileage kereta juga menjadi faktor yang menyusutkan harga sesebuah kereta. Paling baik jual kereta lama anda sebelum ianya melebihi mileage 100000 km. Bakal pembeli mungkin akan berfikir dua kali jika mileage kereta lama anda sudah mencecah 6 angka. Sebab itu kami tekankan untuk jual kereta lama anda sebelum ianya mengalami sebarang masalah. Anda masih boleh meletakkan harga yang bersesuaian jika keadaan kereta masih baik.

jual kereta lama

2. Penambahan Ahli Keluarga

Kalau dulu sebelum berkahwin  anda berasa selesa dan jimat dengan kereta kompak atau lebih mesra dengan panggilan ‘kereta kura’ anda. Tetapi tidak lagi sewaktu anda sudah memiliki keluarga yang besar. Kereta kompak anda tidak lagi sesuai kerana perubahan gaya hidup yang anda alami. Anda semestinya mahukan keselesaan untuk anak-anak anda. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana semestinya kereta kecil tidak sesuai untuk membawa penumpang yang ramai. 

Tambahan pula dengan ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang lebih canggih pada kebanyakan kereta keluaran baru mungkin tidak lagi membuatkan anda risau untuk memandu pada jarak yang jauh.  Nampak seperti remeh, tetapi faktor keselesaan dan keselamatan perlu diambil kira dalam hal ini. Kereta lama anda mungkin ada sentimental value tersendiri, tetapi bak kata orang putih, sememangnya breaking up is hard to do. 

ahli keluarga orang melayu

3. Kos Maintenance Terlalu Menekan Anda

Faktor seterusnya yang membuatkan anda perlu memikirkan untuk menjual kereta anda adalah kos penyelenggaraan(maintenance). Kos penyelenggaraanbulanan yang tinggi pada kereta lama kadang-kadang membebankan kewangan anda.  Semakin lama usia sesebuah kereta, semakin banyak ragamnya. Kos penyelenggaraan bulanan kereta lama anda barangkali boleh ditukar dengan membayar bulanan kereta baru. Jika anda berdepan dengan masalah kos penyelenggaraan yang tinggi, menjual kereta anda adalah pilihan yang sangat bijak.

servis kereta

4. Tak Perlu Pening Lagi, Jual Kereta Anda Dengan Carco

Siapa itu CarCo ? Kami adalah sebuah organisasi yang bersedia untuk membantu anda menjual dan membeli kereta terpakai. Jika anda mencari suatu laman web menjual kereta secara atas talian yang boleh dipercayai, kamilah orang yang sesuai untuk membantu anda. 

Dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam industri automotif, kami akan memberikan khidmat dan melancarkan urusan jual beli anda. 

Proses penjualan kereta lama anda akan menjadi mudah dengan kami. Anda hanya perlu membuat temu janji dengan kami. Kemudian, kami akan membuat pemeriksaan ke atas kereta anda secara percuma. 

Seterusnya jika anda setuju dengan harga yang ditawarkan, pembayaran akan dibuat kurang daripada 15 minit sahaja. Mudah bukan ? Anda juga boleh meletakkan kereta anda dalam proses bidaan di mana, rakan niaga kami juga boleh membida kereta anda dengan harga yang lebih tinggi.  

Tunggu apa lagi ? Layari laman web kami carco.com.my untuk membuat tempahan dan jual kereta lama anda dengan kami sekarang !

car advicejual kereta lamasell car onlinesell used car

Follow CARCO on Facebook, Instagram and TikTok to get latest update & special offers.

Get the latest update from us directly to your mailbox

By signing up for email, you agree to CARCO Terms and Privacy Policy. You agree to receive recurring automated promotional and personalized marketing when signing up. Your email will not be shared with third parties.

Latest Used Car Deals