fbpx

Partner

Get CARCO Mobile App

Browse easily on mobile now

Articles

Ingin Trade In Kereta Lama Anda? Inilah Cara Yang Terbaik!

1 September 2022 • 160 views

Proses trade in atau jual kereta terpakai bukanlah sesuatu yang mudah. Ini disebabkan anda perlu melayan kerenah pembeli dan proses jual beli yang agak rumit mungkin akan memeningkan kepala anda. Ada beberapa sebab yang menyebabkan pengguna ingin trade in atau jual kereta mereka. Contohnya :

  1. Memerlukan duit dengan cepat
  2. Kereta lama tidak lagi dipakai
  3. Ingin membeli kereta baru
  4. Mengurangkan beban hutang sedia ada

Anda mungkin boleh trade in kereta anda kepada individu ataupun kepada pembeli kereta terpakai. Tetapi tahukah anda bagaimanakah caranya ? CARCO akan senaraikan beberapa cara yang perlu anda ketahui untuk memudahkan urusan trade in kereta lama anda:

1. Semak Harga Pasaran Semasa

Kami tahu sememangnya sukar untuk anda mendapatkan harga yang terbaik untuk kereta anda dengan sendiri.  Pentingnya untuk anda mengetahui nilai harga semasa anda kerana untuk mengelakkan dari ditipu. Jika anda jual kepada pembeli kereta terpakai, anda tidak akan  tertipu jika ditawarkan dengan harga yang rendah. Dengan mengetahui nilai semasa kereta anda, anda sendiri boleh memastikan harga yang sepatutnya yang boleh diletakkan untuk kereta anda. 

Anda boleh membuat survey secara atas talian di portal seperti mudah.my, carco.com.my dan banyak lagi untuk mengetahui nilai semasa kereta anda. 

2. Semak Baki Pinjaman

Semak dahulu baki pinjaman anda dengan pihak bank sebelum anda trade in kereta lama anda.  Sekiranya jumlah bayaran penuh lebih dari harga yang ditawar oleh syarikat kereta terpakai, anda perlu menambah jumlah yang kurang tersebut. Sekiranya jumlah bayaran penuh kurang daripada harga yang mereka tawarkan, mereka akan membayar kepada anda lebihan  tersebut.

3. Paparkan Iklan Yang Menarik

Iklankan kereta anda di laman web ataupun surat khabar. Anda perlu kreatif untuk menarik bakal pembeli supaya melihat iklan kereta anda. Ambil lah gambar kereta anda di sudut yang menarik supaya kereta anda kelihatan lebih menonjol.

Pastikan anda meletakkan maklumat kereta anda secara terperinci seperti tahun dibuat dan keadaan kereta. Ini mungkin boleh menarik perhatian bakal pembeli. Jika ada sebarang kerosakan besar pada kereta, jelaskan secara terperinci untuk tidak menimbulkan masalah apabila kereta sudah dijual nanti.

4. Baiki Kereta Anda

Untuk meletakkan harga yang tinggi, baiki kereta anda jika ada sebarang kerosakan atau mungkin kecacatan pada badan kereta. Tiada siapa mahu membeli kereta yang kelihatan buruk walaupun murah. Pembeli pasti akan cuba untuk mencari kereta lain daripada membeli kereta yang tidak diselenggara sebelum dijual. 

Keluarkan sedikit duit poket anda untuk perkara asas seperti servis kereta atau baiki penghawa dingin(jika rosak). Jika penghawa dingin anda kurang sejuk, anda mungkin boleh menambah gas sebelum menjual untuk menarik perhatian bakal pembeli. Ini kerana penghawa dingin merupakan antara komponen penting yang akan dilihat oleh bakal pembeli. Jika ada  calar atau kemek pada badan kereta anda, anda perlu membaikinya juga. Bahagian badan kereta adalah perkara pertama yang akan menjadi perhatian bakal pembeli.

5. Jual Kereta Anda Kepada CarCo

Jika anda ingin trade in atau jual kereta anda dengan harga yang tinggi, jual sahaja kepada kami. Siapa kami ? Kami adalah organisasi yang menyediakan platform secara atas talian yang akan membantu memudahkan urusan jual beli kereta anda. Anda sudah tidak perlu lagi susah untuk mengiklankan, berurusan dengan bakal pembeli dan menguruskan dokumen tukar nama. Kami yang akan uruskan semua untuk anda. 

Layari laman web kami carco.com.my untuk maklumat yang lebih lanjut!

sell car onlinesell used carcar advicejual kereta lama

Follow CARCO on Facebook, Instagram and TikTok to get latest update & special offers.

Get the latest update from us directly to your mailbox

By signing up for email, you agree to CARCO Terms and Privacy Policy. You agree to receive recurring automated promotional and personalized marketing when signing up. Your email will not be shared with third parties.

Latest Used Car Deals