Realiti pahit yang harus ditelan oleh setiap pemilik kereta adalah penyusutan nilai kereta dari tahun ke tahun. Kebanyakan kereta mengalami penyusutan nilai antara 15-25 % dalam 5 tahun pertama selepas pengeluarannya.
Anda mungkin tidak merasakan nilai penyusutan ini jika anda memang merancang untuk memakai kereta anda selamanya. Tetapi, akan sampai satu masa anda terfikir mahu menjual dan mengambil kereta baru. Dan pada waktu itu, adakah anda berpuas hati dengan harga yang akan ditawarkan untuk kereta anda.

Anda mungkin tidak dapat mengawal harga pasaran. Akan tetapi anda boleh mengawal keadaan kereta anda supaya harga yang diletakkan tidak terlalu rendah. Semestinya anda mahu kereta anda dijual dengan harga yang paling tinggi. Tapi sebelum itu, anda kena tahu cara untuk menaikkan nilai kereta anda sebelum menjualnya.
1. Jaga Mileage Anda
Aspek yang menyebabkan nilai penyusutan harga kereta jatuh adalah mileage atau jarak yang telah kereta itu tempuh. Semakin tinggi mileage, semakin susut nilai sesebuah kereta itu. Oleh yang demikian, anda mungkin sudah boleh berkira-kira untuk hanya berjalan kaki sahaja untuk ke kedai depan rumah anda.

2. Penyelenggaraan Yang Baik
Pastikan kereta anda diservis pada waktu yang ditetapkan. Kalau boleh, simpan semua resit atau invois untuk membuktikan bahawa kereta anda diselenggara dengan baik. Semakin baik keadaan komponen kereta anda, semakin tinggi harga yang boleh anda letakkan. Ini kerana pemilik baru kereta anda tidak perlu untuk mengeluarkan belanja untuk membaiki apa-apa kerosakan komponen.

3. Jaga Bahagian Luaran
Bahagian luaran kereta adalah perkara pertama yang dilihat oleh bakal pembeli. Jika keadaan luaran kereta anda teruk, bakal pembeli mungkin akan berfikir dua kali untuk membeli kereta anda. Bagaimana anda menjaga komponen dalaman kereta anda, begitu juga anda perlu menjaga bahagian luaran kereta anda.
Hantar ke kedai perincian kereta agar kelihatan berkilat sepertimana pertama kali anda mengambil nya di bilik pameran ketika dulu.

4. Penjagaan Tayar
Penjagaan tayar adalah antara aspek terpenting dalam menaikkan nilai kereta anda sebelum dijual. Tekanan tayar yang bersesuaian boleh mempengaruhi prestasi gas mileage kereta anda sekitar 3%. Selain itu, tayar juga memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan sesebuah kenderaan.
Bila waktu yang sesuai untuk mengisi angin pada tayar ?
- Setiap kali anda mengisi minyak
- Setiap sebulan sekali

5. Baiki Komponen Yang Rosak
Jika ada sebarang komponen yang rosak, anda harus gantikan dengan komponen baru. Jika lampu kereta pecah, signal tidak berfungsi, atau mungkin kuasa tingkap mengalami masalah, anda boleh baiki dahulu. Lihat pada keadaan cermin jika ada sebarang keretakan, ia juga boleh menjatuhkan nilai kereta anda. Bukan hanya itu, keretakan pada cermin lebih-lebih lagi pada cermin hadapan boleh membahayakan nyawa bakal pembeli kereta anda.
Anda tidak tahu bagaimana untuk menilai kereta anda sebelum dijual ? Jom buat pemeriksaan dengan CarCo secara percuma ! Dengan tenaga pakar yang kami ada, pemeriksaan dan penilaian hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja.
6. Jual Kepada CarCo
Selepas pemeriksaaan dilakukan, anda nak jual atau trade in kepada kami pun tiada masalah. Kami akan pastikan harga yang kami tawarkan bersesuaian dengan keadaan kereta anda. Kami tidak akan membuang masa anda, pembayaran dibuat secara tunai segera selepas urusan jual beli selesai. Jual beli kereta, membuat pinjaman untuk beli kereta, beli insuran kereta, semuanya di carco.com.my